Buy Ticket

10th Aug 2017 - 13th Aug 2017

pentas 2, klpac

Presented by The Actors Studio Seni Teater Rakyat in collaboration with The Kuala Lumpur Performing Arts Centre

Artistic Director Joe Hasham OAM
Executive Director Dato' Dr. Faridah Merican
Date & Time

10 – 12 August @ 8.30pm
13 August @ 3pm

Tickets

RM55 (biasa)
RM45 (konsesi)

KANDANG adalah sebuah adaptasi novela George Orwell yang berjudul ‘Animal Farm’ ke dalam Bahasa Malaysia serta konteks budaya kepimpinan tempatan.

Diterbitkan di England pada tahun 1945, ‘Animal Farm’ adalah novela kiasan yang mencerminkan peristiwa Revolusi Rusia pada tahun 1917 dan kemudian ke era Kesatuan Republik Sosialis Soviet di bawah kepimpinan Joseph Stalin.

Adaptasi ini mengikuti jejak langkah sekumpulan haiwan ternakan di Ladang Jones yang berjaya mengusir keluar tuan ladang manusianya dan meraih kemerdekaan. Namun, janji manis kebebasan dan kemakmuran terbukti janji kosong apabila mereka sendiri terjebak dengan pengkhianatan idealisme dalam bentuk korupsi dan kezaliman.

“Apakah lumrah kehidupan kita?

Kita dicucuk hidung dan diperhamba, dipasung dan didera.
Sebaik saja kita lahir di dunia, kita diikat dan dirantai, diserkap dan dikandang.
Kita dipaksa berkerja siang-malam, pagi-petang, hingga ke hujung daya kekuatan.
Untuk apa? Setelah habis digunapakai, kita dibunuh begitu sahaja.
Tapi adakah ini lumrah alam? Adakah bumi yang kita pijak ini tidak mampu menampung kehidupan sekalian makhluk? Tidak, sudara-sudara. Setidak-tidaknya!”

– Kata-kata Markus, pejuang kebebasan haiawan sejagat.

 

Penerbit Eksekutif: Dato’ Faridah Merican
Pengarah Artistik: Joe Hasham OAM
Pengarah: Omar Ali
Sinografer: Yusman Mokhtar
Pengarah Gerakan: Ho Lee Ching
Pegarah Muzik: Coebar Abel
Pereka Tatabunyi: Khairil Imran
Pelakon: Clarence Kuna, Farah Rani, Faez Malek, Ashraf Zain, Nik Waheeda, Joe Chin, Zul Zamir, Nabil Zakaria
Pemuzik: Coebar Abel & Endee Ahmad